Jom Makan Ikan Keli

Category:


Semenangnyer enak jika kita tahu mempelbagaikan masakan kita.. Mari kita bersama-sama berkongsi menu masakan yang dapat dihasilkan dari ikan keli..Sudah pastinyer menyelerakan.
~Menu~
*Ikan keli masak berlada
*Ikan keli masak lemak cili api
*Gulai Tempoyak ikan keli
*Pecal Ikan keli
*Ikan Keli Salai
*Ikan Keli goreng Cili Api.
*Asam Pedas Ikan Keli
*Ikan Keli Percik
http://www.myresipi.com/

~Petua dari Nenek~
Kadangkala ikan yang digoreng tidak garing dan berbau hanyir. Bagi mengelakkannya cuba amalkan petua ini :-

Petua 1:
Sebelum menggoreng, taburkan serbuk kunyit pada minyak yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan ikan yang digaul dengan garam sahaja. Goreng ikan seperti biasa. Ikan tidak berasa hanyir walaupun telah sejuk.
Campurkan sedikit serbuk kunyit, bawang putih serta garam. Lumurkan rata-rata pada ikan dan perapkan beberapa minit. Kemudian goreng ikan seperti biasa.

Petua 2:
Bersihkan ikan keli, gunakan limau nipis dan daun limau purut untuk hilangkan hanyir.

Petua 3:
Air basuhan beras jangan dibuang, ia boleh digunakan untuk membasuh ikan. Setelah ikan dibersihkan, rendam dengan air beras beberapa minit. Kemudian dicuci dengan air.


Mencari Khidmat Nasihat dan Pinjaman

Category:

Bagi bakal-bakal penternak yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi alamat berikut:-

Kursus dan Khidmat nasihat perikanan

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-7 Blok 4G2 wisma tani, presint 4
Pusat pentadbiran kerajaan persekutuan
62628 Putrajaya

ataupun Pejabat Perikanan Negeri dan Daerah di laman web www.dof.gov.my

Urusan pinjaman

Ibu pejabat
Bank AGRO, lebuh pasar besar
peti surat 10815, 50726 Kuala Lumpur
Tel:- 03-2731 1600
Faks:- 03-26914908
web:- www.bpm.com.my

Majlis Amanah Rakyat
Bangunan Medan Mara
No 21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Tel:-03-26915111
Faks:-03-26913620
web:-www.mara.gov.my

Yayasan TEKUN Nasional
No. 2 Wisma matmunap jalan 4/146 Metro centre
Bandar Tasik selatan 57000 Kuala Lumpur
Tel:-03-90588550
web:-www.tekun.gov.my

Mencari Pembeli dan Pembekal

Category:

TERKINI!!!!!!!

Stok kami sekarang sebanyak 3ooKilo...

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan sebarang stok bekalan ikan keli, anda boleh menghubungi Pak Abu di No Hp yang disediakan atau meninggalkan pesan anda di dalam blog ini..

Bagi sesiapa yang ingin mengadakan kenduri Kawen atau sebarang keraian..dan ingin menjamu setiap para jemputan anda dengan menu masakan dari hasil ternakan ikan keli kami..anda boleh terus mendapat bekalan dengan kadar yang segera..Cepat-cepat serbakan kepada setiap kenalan anda yang berminat..

keli bidor

Category:











Setelah mendapat sedikat pengalaman dan pengetahuan, kami mula melebarkan sayap di Bidor, Perak setelah memulakan langkah awal di Banting, Selangor. Mula menjejak kaki di Bidor, Perak pada bulan 11 2008, dengan bebekalkan sedikit modal.
Allamdullilah dengan offer yang diterima telah membolehkan kami memperluaskan lagi ternakan kami di Bidor, Perak. Di sini kami telah mengusahakan ternakan tersebut secara komersial.
INSYAALLAH, bagi sesiapa penternak-penternak yang ingin berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat sila hubungi saya PAK ABU atau tinggalkan sebarang komen anda. Semoga kita dapat sama-sama membantu antara satu sama lain. InsyaALLAH.

Keli Banting

Category:




Bermula sejak 2 tahun yang lepas ternakan ini telah kami usahakan dengan mengunakan kaedah ternakan di dalam kanvas dan ternakan di kolam simen. Hasil daripada ternakan tersebut kami telah berjaya memasarkan di kawasan sekitar Putrajaya dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kami memberi makanan 'pallet' sebagai makanan bagi ternakan kami.
Harga bagi setiap jualan bergantung pada jumlah pemintaan pembeliaan. Harga bagi sekilo ikan keli boleh mencecah RM 3.50 hingga RM 5.00 sekilo. Sesiapa yang berminat untuk mendapat bekalan stok ikan keli boleh menghubungi Pak Abu di No Hp yg disediakan.
Selain dalam usaha menternak ikan keli, kami juga sedang giat menghasilkan benih untuk ikan keli. Sebahagian daripada benih tersebut diambil dari penternak lain dan separuh lagi adalah hasil daripada benih yang diusahakan sendiri.