RAKAN DI BIDOR

Category:








Di bidor ini adalah sebuah ladang yang luas iaitu 150 ekar dah telah dibahagikan kepada beberapa bahagian ternakan. Ternakan yang terdapat dikawasan ladang ini adalah seperti penternakan ayamkampung, perternakan kambing boa serta kambing kampung dan penanaman rumput napeir untuk makanan kambing.


Bagi penternakan ikan air tawar pihak kami mempunyai keluasan sebanyak 40kolam jaring 14' (panjang) x14' (lebar) x 4'(tinggi) dan terdapat 1 kolam simen sepanjang 40' x 18' x 4' yang dibahagi 5. Bermula dari 14hb feb 2009 pihak kami telah membuat pembenihan yang pertama sejak 3bulan disini. Bagi perkembagan terbaru pihak kami telah hampir selesai membuat perjanjian dengan satu badan koperasi di negeri perak untuk tempahan hasil ikan keli dan semua kolam telah di tempah.

kolam simen yang baru disiapkan minggu lepas

Buku bertemu ruas Lubok Haruan

Category:

Aktiviti yang paling best dekat kolam dibidor adalah memancing
kalau ada masa lapang setakat haruan sekilo dua senang aje sangkut.Tapi kena pukul 5.30 petang kepukul 7 petang baru ikan naik cari makan.Masa nie lah hayun pancing tarik pancing umpan anak katak kalau tak haruan bujuk ikan putih mesti sangkut punya.Yang pernah pergi memancing tak pernah dapat ikan sila kesini boleh buang badi. ikan yang selalu dapat kat sini haruan bujuk (isi putih untuk buat kulit licin) selalu makan ikan nie sedap bukan bela ini ikan luar sangkar asli, ikan kalapiar merah ikan dan ikan putih ( ikan nie memang banyak) setakat budak 2 tahun pancing sebelah mata aje pakai umpan dedak.

Disebelah adalah ikan haruan 1 kilo setengah buat salai lepas tu
masak cili api.. rasanya ...tangkap leleh 4 orang makan pun tak habis..Rekod yang paling tinggi haruan sangkut 4kilo siap terjun kolam nak angkat. ada berani....Layannnn.

Pembenihan cara Pakabu

Category:

Bagi menjimatkan kos dan meningkatkan keuntangan, Pakabu telah membuat pembenihan secara sendiri.Semasa proses penetasan berlaku ,anak benih keli dapat dikategorikan kepada gred Baik, sederhana, dan terbantut.Bagi gred Baik ini pihak kami telah mengunakan sebagai Induk kerana gred ini paling cepat membesar selepas penetasan.Setelah 1 Tahun atau 1.5kg induk ini akan di suntik dengan Hormon Ovaprim. Setelah di suntik induk betina yang bersaiz ini mampu mencapai 10,000 biji telur hingga 200,000 biji telur bagi induk 90cm.


Selepas disuntik induk-induk dimasukan kedalam tangki secara berasingan sementara menunggu ovulasi berlaku.selepas semalaman atau 12jam selepas suntikan peliritan abdomen dilakukan induk betina secara perlahan-lahan dikeluarkan dan dimasukan kedalam mangkuk.Bagi benih jantan perut ikan perlu dibedah dan diambil kantung benih jantan serta segera diperah kedalam mangkuk yang berisi telur betina dan dikacau dengan bulu ayam. Bagi memudahkan ditabur kedalam tangki penetasan pihak kami meletakannya diatas jaring hijau


Telur akan menetas dalam masa 2hari hingga 3hari pada hari ke 4 benih-benih ikan akan dikeluarkan ketangki simen atau kolam tanah bagi mengelakan jangkitan dan diberi makan dedak ikan dan makanan udang yang halus serta mengandungi proten yang tinggi.
Kalau waktu hujan pihak kami memberi artimia tetapi bagi kos membuat artimia adalah sangat tinggi..selamat mencuba

Pihak kami juga menjual benih 3inchi serendah RM 0.06 Hingga Rm 0.10 bergantung pada jumlah pembelian..