Pembenihan cara Pakabu

Category:

Bagi menjimatkan kos dan meningkatkan keuntangan, Pakabu telah membuat pembenihan secara sendiri.Semasa proses penetasan berlaku ,anak benih keli dapat dikategorikan kepada gred Baik, sederhana, dan terbantut.Bagi gred Baik ini pihak kami telah mengunakan sebagai Induk kerana gred ini paling cepat membesar selepas penetasan.Setelah 1 Tahun atau 1.5kg induk ini akan di suntik dengan Hormon Ovaprim. Setelah di suntik induk betina yang bersaiz ini mampu mencapai 10,000 biji telur hingga 200,000 biji telur bagi induk 90cm.


Selepas disuntik induk-induk dimasukan kedalam tangki secara berasingan sementara menunggu ovulasi berlaku.selepas semalaman atau 12jam selepas suntikan peliritan abdomen dilakukan induk betina secara perlahan-lahan dikeluarkan dan dimasukan kedalam mangkuk.Bagi benih jantan perut ikan perlu dibedah dan diambil kantung benih jantan serta segera diperah kedalam mangkuk yang berisi telur betina dan dikacau dengan bulu ayam. Bagi memudahkan ditabur kedalam tangki penetasan pihak kami meletakannya diatas jaring hijau


Telur akan menetas dalam masa 2hari hingga 3hari pada hari ke 4 benih-benih ikan akan dikeluarkan ketangki simen atau kolam tanah bagi mengelakan jangkitan dan diberi makan dedak ikan dan makanan udang yang halus serta mengandungi proten yang tinggi.
Kalau waktu hujan pihak kami memberi artimia tetapi bagi kos membuat artimia adalah sangat tinggi..selamat mencuba

Pihak kami juga menjual benih 3inchi serendah RM 0.06 Hingga Rm 0.10 bergantung pada jumlah pembelian..

Comments (0)

Catat Ulasan