10/09
Category:
tambahan kanvas 6' x 12' x 3' tingi = 5unit
kolam simen untuk anak benih
pandangan hadapan
keli dalam jaring sedia untuk di borong
padangan tepi kolam



.jpg)
Bagi menjimatkan kos dan meningkatkan keuntangan, Pakabu telah membuat pembenihan secara sendiri.Semasa proses penetasan berlaku ,anak benih keli dapat dikategorikan kepada gred Baik, sederhana, dan terbantut.Bagi gred Baik ini pihak kami telah mengunakan sebagai Induk kerana gred ini paling cepat membesar selepas penetasan.Setelah 1 Tahun atau 1.5kg induk ini akan di suntik dengan Hormon Ovaprim. Setelah di suntik induk betina yang bersaiz ini mampu mencapai 10,000 biji telur hingga 200,000 biji telur bagi induk 90cm..jpg)
Selepas disuntik induk-induk dimasukan kedalam tangki secara berasingan sementara menunggu ovulasi berlaku.selepas semalaman atau 12jam selepas suntikan peliritan abdomen dilakukan induk betina secara perlahan-lahan dikeluarkan dan dimasukan kedalam mangkuk.Bagi benih jantan perut ikan perlu dibedah dan diambil kantung benih jantan serta segera diperah kedalam mangkuk yang berisi telur betina dan dikacau dengan bulu ayam. Bagi memudahkan ditabur kedalam tangki penetasan pihak kami meletakannya diatas jaring hijau.jpg)
Telur akan menetas dalam masa 2hari hingga 3hari pada hari ke 4 benih-benih ikan akan dikeluarkan ketangki simen atau kolam tanah bagi mengelakan jangkitan dan diberi makan dedak ikan dan makanan udang yang halus serta mengandungi proten yang tinggi.
Kalau waktu hujan pihak kami memberi artimia tetapi bagi kos membuat artimia adalah sangat tinggi..selamat mencuba
Pihak kami juga menjual benih 3inchi serendah RM 0.06 Hingga Rm 0.10 bergantung pada jumlah pembelian..
Bagi bakal-bakal penternak yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi alamat berikut:-
Kursus dan Khidmat nasihat perikanan
Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-7 Blok 4G2 wisma tani, presint 4
Pusat pentadbiran kerajaan persekutuan
62628 Putrajaya
ataupun Pejabat Perikanan Negeri dan Daerah di laman web www.dof.gov.my
Urusan pinjaman
Ibu pejabat
Bank AGRO, lebuh pasar besar
peti surat 10815, 50726 Kuala Lumpur
Tel:- 03-2731 1600
Faks:- 03-26914908
web:- www.bpm.com.my
Majlis Amanah Rakyat
Bangunan Medan Mara
No 21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Tel:-03-26915111
Faks:-03-26913620
web:-www.mara.gov.my
Yayasan TEKUN Nasional
No. 2 Wisma matmunap jalan 4/146 Metro centre
Bandar Tasik selatan 57000 Kuala Lumpur
Tel:-03-90588550
web:-www.tekun.gov.my
TERKINI!!!!!!!
Stok kami sekarang sebanyak 3ooKilo...
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan sebarang stok bekalan ikan keli, anda boleh menghubungi Pak Abu di No Hp yang disediakan atau meninggalkan pesan anda di dalam blog ini..
Bagi sesiapa yang ingin mengadakan kenduri Kawen atau sebarang keraian..dan ingin menjamu setiap para jemputan anda dengan menu masakan dari hasil ternakan ikan keli kami..anda boleh terus mendapat bekalan dengan kadar yang segera..Cepat-cepat serbakan kepada setiap kenalan anda yang berminat..
.jpg)
.jpg)

.jpg)
Bermula sejak 2 tahun yang lepas ternakan ini telah kami usahakan dengan mengunakan kaedah ternakan di dalam kanvas dan ternakan di kolam simen. Hasil daripada ternakan tersebut kami telah berjaya memasarkan di kawasan sekitar Putrajaya dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kami memberi makanan 'pallet' sebagai makanan bagi ternakan kami. © All Rights Reserved. KELI JADI EMAS Theme by : Hosting | Converted into Blogger Templates by Theme Craft